SAWANG

Last post, bulan Disember 2007?

Uihhhh!  Sawang tebal macam ni, bukan setakat sarang spider… kot  spiderman pun ada kat dalam!

OK, OK aku cuba activate balik, tapi kena cas bateri dulu, carik idea.

Oh ya, apa pandangan korang sal membuka pintu UITM kepada hmmm… lu tau gua tau siapa lor…

Aku rasa ianya takkan jadik kenyataan, sekurang-kurangnya buat masa kini. 

Sebabnya, cuba tengok akta penubuhan UITM… bukankah ia merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

Kalau nak bukak pintu jugak, kena la masuk pakleman dulu, debat dan pinda akta tu.

Budi bahasa

Kisah benar.

Dia seorang ibu tunggal, anak empat, dua masih bersekolah dan dua lagi berumur 6 dan 4 tahun, baru kematian suami, tiada harta peninggalan suami, tiada kerja tetap hanya ambil upah menjaga anak jiran.

Dia cuba dapatkan bantuan zakat, buat meringankan bebannya membesarkan anak-anak.

Isi borang, isi borang, tunggu sampai kami panggil masuk bilik bincang.  

“Ooohhhhh…. awak tak layak terima zakat kerana ada pendapatan tetap jaga anak jiran.”

Dia hampa, cuba ceritakan yang upah jaga budak itu bukanlah kerja terjamin. Dia tiada pilihan untuk bekerja luar kerana anak-anaknya yang kecil siapa pula nak menjaga? Kalau setakat kerja kilang dengan pendapatan RM600, tapi perlu bayar upah penjaga untuk anaknya pula, sudah tentu lebih perit.

“Itu masalah awaklah. Kalau biasa makan lauk ikan masin, toksah la berangan nak makan lauk daging pulak.”

Remuk hatinya. Bantuan yang dipohon tak dapat, yang dapat hanyalah cacian.

Di mana budi bahasa kita?  Penjawat awam macam ni, eloknya sebelum diberi anugerah penyapu, ketuk dulu kepalanya dengan penyapu tu.  Hampeh!

Disclaimer : kejadian ini bukan berlaku di pejabat aku, okkay.

Azam tahun baru

Tinggal 12 hari lagi sebelum kita menyambut tahun baru kalendar gregorian.  Apa azam tahun baru korang?

Aku…. takde azam tahun baru.  Sebab bagi aku, kalau kita nak buat sesuatu perubahan tu, boleh dibuat pada bila-bila waktu.  Tak payah le tunggu awal tahun je. 

Tapi kalau korang nak buat azam pada awal tahun pun, no hal punyer, buatlah.  Cuma kena pastikan apa yang diazamkan tu, dikotakan.  Bukan hangat-hangat tahi ayam, ala-ala penyapu baru, awal-awal aje yang bersih sapuannya.  Kemudian hari, layak dapat ‘anugerah penyapu’ pulak hehehe  :-)

Si Tomoi

Aku ada bela sekor ikan laga siam.  Jantan, warna biru, sirip kemerahan. Cantik!  Tapi dalam gambar ni kureng sket ah, sebab aku ni jurugambar tak bertauliah, kamera pun tak semenggah hehehe  :-)

copy-of-kap3-n-buu-raya-2007-241.jpg

Korang biasa tengok ikan laga siam?  Itu nama melayunya.  Nama matsalehnya betta.  Nama yang aku panggil dia plak, ’Tomoi’.

Alkisahnya masa aku beli dulu, si Tomoi ni to’et je.  La ni dah besar panjang, makan pun kemain pelahapnya.  Sekali-sekala aku main laga-laga dengan dia.  Aku letak jari pada dinding akuarium mini, dia pun segera kembangkan pipinya, konon garang lah tu, ala-ala ‘flexing his muscles’.  Kekadang aku sengaja letak cermin kecil di sisi akuarium tu, dia pun sibuk la mundar-mandir dengan pipi kembang tu, sesekali serang ikan dalam cermin tu, gedegang kepala terhantuk kat dinding akuarium. Adeehhh….

Satu hari aku nampak, ada banyak buih-buih kecil di permukaan air. Alaaaahaiii… dah dewasa pun si bujang sorang ni  huuuhuuuuu!   Untuk sesiapa yang tak tahu, bila ikan laga jantan buat buih macam tu, itu adalah persediaan ‘sarang’ untuk  ikan betina bertelur. Balik dari pejabat petang tu, aku pun ke kedai haiwan, nak carikan jodoh untuk si Tomoi.  Terberkenan ngan sekor ikan laga siam betina, kecik molek warna merah terang.  Kira OK la tuh! 

Esoknya, aku pun masukkan si aweqs ke dalam akuarium Tomoi.  Isk isk, si aweqs terus lari menyorok kat belakang pokok, malu-malu gitu.  Si Tomoi plak mundar-mandir di tepi pokok plastik tu, macam malu-malu jugak.  Macam filem hindustan!   OK OK, kasik privasi sikit lah, aku pun biarkan diorang gitu.

Tak sampai 4 jam aku tinggalkan, bila aku jenguk semula, ohh tidaaakkk….!  Bodoh hawau punya ikan, aku kasik kau aweqs comel-lote, tapi kau buat gaduh ye.  Habis carik-carik sirip dan ekor si aweqs tu digigitnya!  Aweqs tu dok menyorok ketakutan dicelah-celah pokok plastik.  SiTomoi plak kejap-kejap mengacah, berdesup si aweqs lari, pastu dikejarnya keliling akuarium.  Domestic violence!

La ni, aku dah pindahkan si aweqs ke dalam bekas lain.  Dah dua minggu ni, nampaknya si aweqs makin pulih dan siripnya yang carik tu dah tumbuh balik – nasib baik boleh tumbuh! 

Satu pengajaran – sebelum buat apa-apa, kena cari info, kaji dulu! 

Toksah nyibuk la

Apa hal la korang ni, toksah nyibuk boleh tak?  Udah le pinjam thumbdrive kawan tu, nak kumpul dan pindahkan assignment korang, bukak fail-fail yang berkenaan ajelah.  Yang hangpa pi bukak fail-fail lain dalam thumbdrive tu apsal?  Ini dah kira pencerobohan ni!  Siap kukik kukik gelak, beramai-ramai baca entah apabenda kawan tu punya personal file.  Oit, kalau orang lain ceroboh benda personal korang, suka ke?  Suka?  Suka???

Dah aku sound pun, masih dok baca lagi, hish!  Aku angkat kaki, blah dari bilik mesyuarat tu.  Keluar kejap je le, sekadar nak make a point.  Bila aku masuk balik, dah senyap dah dan sambung buat keje masing-masing.  Hmm… bagus.

Integriti dalam sektor awam?

Integriti my foot!

Nasi Lemak Budak Gemuk (1)

Amir berdiri di belakang meja gerainya, meja yang sarat terletak kuih-muih dan bungkusan-bungkusan nasi lemak.  Payung khemah berwarna maroon yang tertulis ‘Pasar Tani Mega’ melindungi kesemuanya dari matahari pagi yang baru hendak meninggi.  Ibunya duduk sebentar di bangku plastik di belakang gerai, sambil berbual-bual dengan adiknya, Tini.

Dia baru selesai menyusun bekas-bekas plastik berisi barang jualannya di atas meja itu. Ada karipap inti ayam, inti daging dan inti sardin. Ada kuih gulung, apam beras, ganda kasturi, cucur badak, pulut panggang dan onde-onde. Dan yang istimewa, yang disukai oleh sidia, kuih puteri mandi. Dan disebelah hujung kanan meja, sebuah bakul berisi bungkusan nasi lemak.

Ah, ada pelanggan.

“Assalammualaikum, Makcik Aini” sapa Amir.

Hairan?  Well, dah beberapa tahun Amir ikut membantu perniagaan keluarganya di sini.  Saban minggu muka-muka yang sama juga kelihatan.  Lama-kelamaan Amir dapat mengecam kebanyakan pengunjung tetap ke pasar tani tersebut, dan mula kenal dengan pelanggan yang biasa membeli kuih-muih di gerainya.

Makcik Aini mesti nak beli karipap inti ayam dan nasi lemak, getusnya dalam hati.

“Amir, bungkuskan makcik nasi lemak tu, enam ye”

“Nasi lemak aje, makcik?”

“Hmm… karipap tu sepuluh biji, yang inti ayam ye”

Yes!  Amir tersenyum puas.  Begitulah kalau dah regular customer

Sesekali Amir menjengah dan meninjau sekeliling, memerhatikan pelanggan-pelanggan yang lalu-lalang. Manalah sidia ni?  Biasanya waktu sebegini, dia dah tiba.  Ah, mungkin dia ke gerai lain dulu kot?  Mungkin hari ini dia pergi membeli ikan dulu, kemudian baru beli kuih?  Atau adakah dia tidak membeli juadah sarapan hari ini?  Takkanlah!, bentaknya dalam hati.  Dia mesti singgah beli nasi lemak dan kuih puteri mandi kegemarannya, mesti!

Amir melayan pelanggan-pelanggannya dengan mesra dan sopan. Kak Zek hari ni datang ditemani anak perempuannya, seiras wajah Kak Zek juga. Kak Imah nampak agak pucat hari ini. Baru baik demam, kata Kak Imah. Abang Misai, yang nama sebenarnya tidak Amir ketahui, pun dah singgah membeli nasi lemak.  Hmm, dah ramai pelanggan datang ke gerainya, tapi sidia masih belum tiba… 

Jamuan Hari Raya

Minggu ini Minggu Jamuan Raya di agensi aku.

Semalam, jamuan diadakan oleh jabatan aku, juga di 3 jabatan lain.  Hari ini pula ada 5 jabatan lain yang berjamuan.  Esok ada 2 lagi, dan hari Jumaat aku tak tahu ada berapa tetapi pasti ada kerana aku mendapat kad undangan.

Makan, makan, makan.

Semuanya mengejar hari-hari terakhir Syawal. 

Teringat aku masa penghujung Ramadhan hari tu, pembantu rumahku bertanya, “puan, di sini berapa lama Eidulfitri disambut?”

“Sebulan, sepanjang Syawal” jawabku.

Dia mengerutkan keningnya, “waduh, di desa saya cuma seminggu, brapa banyak uwang abis kalau sebulan loh”

Giliran aku pulak mengerutkan kening.